Saturday, 8 June 2013

Orienteering

PENGENALAN

  • Orienteering ialah  berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas.
  •  Orienteeringa dalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik.
  • Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.
  •  Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure.
  • Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah danacara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.



Sejarah / latar belakang orienteering

  • Ia diperkenalkan dalam kalangan tentera di Sweden pada tahun 1918
  • Dipopularkan oleh Major Ernst Killander kepada orang awam dengan mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetitif
  • Pada 1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa (International Orienteering Federation-IOF) ditubuhkan di Copenhagen.
  • Ahli --Bulgaria,Chezchlovakia,Finland,Denmark,Hungary,Jerman,Norway,Sweden dan Switzerland.
  • Official European Championship pertama telah diadakan pada tahun 1962.



Sejarah Orienteering di Malaysia

  • Mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau Pinang pada tahun 1983
  • Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor dan Wilayah Persekutuan
  • Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1988.
  • Malaysia bergabung dengan IOF malalui WOA pada tahun 1992
  • Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) ditubuhkan pada tahun 1994
  • MOA cawangan negeri Kedah, Johor, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan dibuhkan pada tahun 1996
  • MOA cawangan Pulau Pinang dan Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.


JENIS-JENIS ORIENTEERING 

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-Oyang mudah untuk dilakukan, 

Antaranya adalah :-
  • Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
  • Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
  • Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
  • Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
  • Orienteering Malam (Night Orienteering)
  • Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
  • Norwegian Event


FAKTOR-FAKTOR ORIENTEERING DIPERKENALKAN DI MALAYSIA 

1)Dijadikan sebagai salah satu aktiviti rekreasi yang popular
2)Sebagai modul dalam pendidikan dan latihan
3)Membina keyakinan diri dan sikap positif
4)Menguji ketahanan mental dan fizikal
5)Boleh digunakan dalam operasi menyelamat



PERALATAN ORIENTEERING
  1. Peta utama ( master plan )
  • Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara.
  • Mempunyai tajuk, kontor,skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
  • Peta orieentering akan ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. 



1) 
nur ikaa
PETA ORIENTEERING
KANDUNGAN PETA ORIENTEERING
  • Tajuk peta
  • Arah Utara
  • Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000
  • Petunjuk peta
  • Garisan melaras utara-selatanKredit-kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja


WARNA-WARNA DAN SIMBOL DALAM PETA
Hitam  - Ciri-Ciri buatan manusia
Biru     - Ciri-ciri air
Perang - Ciri-ciri kontor dan jalanraya
Putih    - Keadaan tumbuhan; hutan – berlari
Hijau    - Keadaan tumbuhan ; hutan –   berjalan/redah
Kuning - Keadaan tumbuhan ; terbuka


2) KOMPAS

nur ikaa


-Kompas ialah alat untuk menjadi dan memberi panduan arah yang mempunyai jarum magnetic yang
berwarna hitam dan merah serta ditandai dengan ukuran dalam mil atau
darjah. Kompas berfungsi kerana adanya medan mangnetic.

Kegunaan kompas:
  • Menentukan arah perjalanan
  • Menyelaraskan peta
  • Mengira jarak jauh
  • Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
  • Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).



PERALATAN ORIENTEERING YANG LAIN

Jam Randik.
  • Digunakan untuk mencatatkan masa pertandingan
Wisel
  • Digunakan ketika ahli kumpulan hilang.
Sepanduk.
  • Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.
Peti pertolongan cemas.
  • Peti pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada peserta yang mendapat cedera ringan.



SEMASA ORIENTEERING
                                                                                    

                                              
                                         PEMILIHAN KAWASAN

  • Bentuk Muka Bumi: Untuk menganggarkan masa, pemilihan laluan, cara mengatasi halangan.

  • Kemudahan: Maklumat seperti terdapatnya klinik / hospital, balai polis, rumah tumpangan, kedai yang berdekatan dengan kawasan aktiviti dijalankan.

  • Secara amnya orienteering dilakukan di kawasan hutan yang tidak mempunyai semak.

  • Sebahagian besar kawasan berhutan ini merupakan hutan di mana peserta boleh berlari kerana aktiviti orienteering memerlukan peserta yang  berlari bukannya merendah di hutan yang tebal lagi bersemak.

  • Di Malaysia aktiviti ini lazimnya dijalankan di kawasan kebun getah, kebun kepala sawit, hutan simpan, dan mana2 kawasan yang sesuai.

  • Tapak rekreasi dan taman tasik sesuai untuk mereka yang baru mencuba aktiviti ini dan kurang berpengalaman atau untuk latihan



TEKNIK PENYEDIAAN PETA
  



1.Menentukan titik kawalan diatas peta.
  • Titik kawalan ialah satu tanda kedudukan yang perlu disediakan diatas peta bagi menunjukkan kedudukan yang perlu dilawati peserta.
  • Titik kawalan ini mempunyai ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.

2.Melukis landasan laluan diatas peta.
  • Landasan ini dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta lain.
  • Landasan ialah petunjuk arah perjalanan peserta dari titik kawalan yang pertama dan seterusnya sehingga ke titik kawalan yang terakhir.


  Tanda – tanda titik yang berkenaan landasan.
  • Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
  • Titik kawalan dengan tanda bulatan.
  • Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
  • ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.


Oreinteering berganti-ganti ( belay orienteering) 
  • Orienteering Berganti-ganti ini dijalankan  secara berpasukan 3 atau 4 orang.
  • Setiap ahli dalam kumpulan akan menamatkan landasan sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan.
  • Setiap peserta dalam pasukan akan melalui landasan yang berbeza.





TEKNIK ORIENTEERING
  
TEKNIK SUSUR TANGAN (HANDRAILS)
  • Memilih laluan yang menggunakan ciri-ciri sebagai panduan pergerakkan seperti lorong kaki, sungai , pagar dan sebagainya .
  • Sebelum memulakan pergerakkan cuba perhatikan ciri –ciri garisan yang boleh digunakan sebagai susur tangan.
  • Pastikan ciri tersebut dapat membawa kita seberapa hampir ke titik kawalan yang tujui ataupun setidaknya ciri tersebut menghala selari ke arah pergerakan kita walaupun hanya separuh perjalanan sahaja.

TEKNIK SASARAN
  • Titik sasaran merupakan satu siri yang jelas untuk digunakan untuk :-
  • Titik panduan untuk mengubah arah pergerakkan. Apabila peserta  tidak menggunakan arah kompas tetapi membuat pilihan laluan yang lain seperti menggunakan ciri garisan dan sebagainya, Perlu membuat pembetulan atau mengubah arah pergerakan dari masa ke semasa untuk tiba ke titik kawalan.
  • Oleh yang demikian peserta perlu pastikan satu siri sebagai titik sasaran untuk dijadikan panduan di mana apabila tiba di titik sasaran tersebut, anda akan mengubah laluan samada anda akan melaras kompas semula atau menggunakan pilihan laluan lain.
Cari rujukan/sasaran sebelum tiba dititik kawalan

  • Titik sasaran juga digunakan sebagi satu siri yang boleh dirujuk untuk mengesahkan yang anda hampir tiba di titik keadaan ini perlulah yang agak hampir dengan sesuatu titik kawalan.
  • Elakkan menggunakan banyak titik-titik sasaran di dalam setiap peringkat pergerakan anda kerana melengahkan pergerakan.


VIDEO ORIENTEERING 

No comments:

Post a Comment