Sunday, 9 June 2013

PERKHEMAHAN


PENGENALAN


Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. Perkhemahan juga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti seperti mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti perkhemahan.Antara kemahiran yang perlu dipelajari sebelum manjalankan aktiviti perkhemahan termasuklah kemahiran pengurusan dan merancang aktiviti perkhemahan.Ia melibatkan bermalam sama ada satu malam atau lebih,sama ada di hutan, kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang sesuai. 

Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan mengikut keperluan, dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan.Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang sesuai dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak, abseiling, orienteering dan sebagainya.


OBJEKTIF PERKHEMAHAN

  • Melatih setiap pelajar supaya dapat berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan terutamanya apabila berkhemah di tempat yang jauh dari bandar.
  • Melatih pelajar menyelesaikan segala tugasan dengan penuh tanggungjawab.
  • Meluaskan pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kehidupan berkhemah kepada para pelajar.
  • Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan segala kemahiran dan kecekapan yang ada pada mereka.
  • Menggalakkan para pelajar bergaul bersama mereka untuk mengeratkan lagi perpaduan.
  • Merapatkan hubungan persaudaraan di antara pelajar dan pihak maktab.
  • Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan di luar rumah yang lebih mencabar dan menarik.
  • Menyedarkan para pelajar agar sentiasa bersyukur atas segala kurniaan tuhan.
  • Mendidik untuk mengenali menyayangi alam sekitar.
  • Memupuk sikap berani di kalangan peserta.
  • Menanam sikap berkerjasama dan bertanggungjawab di kalangan peserta.
  • Menyediakan bakal guru yang berani dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran.
FAEDAH-FAEDAH PERKHEMAHAN
  • Berdikari dan ikhtiar hidup.
  • Mengamalkan kebersihan.
  • Berdisiplin, berdedikasi dan mematuhi peraturan.
  • Merancang segala aktiviti dan keperluan.
  • Cergas dan yakin pada diri sendiri.
  • Menghargai alam sekitar ciptaan tuhan.
  • Menghilangkan tekanan.
  • Berseronok sambil menjalani aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang berfaedah.
  • Mengelakkan daripada gejala sosial yang tidak sihat. 
  • Bekerjasama.

KOMPONEN-KOMPONEN PERKHEMAHAN 
 
JENIS-JENIS KHEMAH 

Di bawah ini adalah beberapa jenis khemah yang biasa digunakan untuk aktiviti berkhemah: 
• Khemah bentuk ‘A’ tanpa helaian terbang
• Khemah ‘A’ berhelaian 
• Khemah pengembaraan
• Khemah satu tiang
• Khemah bentuk dinding
• Khemah Ridge dua tiang
• Khemah wagon
• Khemah dome
• Khemah igloo
• Khemah berangka

Khemah berangka






Khemah Ridge


































PEMILIHAN KHEMAH
Perkara-perkara berikut perlulah diambil kira apabila kita bercadang untuk memilih atau membeli khemah:

Perlindungan
Khemah yang hendak kita miliki itu mestilah dapat memberikan perlindungan kepada semua jenis cuaca seperti hujan, panas atau sejuk angin dan sebagainya. Di samping itu ianya juga hendaklah dapat memberi pelindungan daripada serangga-serangga.

Keselesaan
Khemah tersebut perlulah selesa kerana tempat yang paling utama dalam 
aktiviti pengembaraan ialah tempat tidur yang selesa dan mempunyai ruang untuk menyimpan barang-barang.

 Kalis air
Tidak semua khemah yang dijual itu kalis air kerana terdapat juga khemah 
yang tidak kalis air apabila terkena hujan lebat. Oleh itu kita perlu memastikan bahawa khemah yang dikatakan kalis air itu adalah benar-benar kalis air, supaya tidak menjadi masalah apabila hujan.

Tahan lasak
Memandangkan perlunya khemah itu ringan, pembuat khemah mengambil 
kesempatan membuatnya dengan bahan yang ringan tetapi tidak tahan 
lasak. Ini perkara penting yang perlu kita ambil ingatan. Khemah perlu ringan 
di samping itu ianya perlu tahan lasak, tidak mudah koyak apabila ianya 
digunakan di pelbagai persekitaran dan mempunyai ketahanan hayat untuk 
satu jangka masa yang panjang dan munasabah.

Ukuran 
Perkara ini juga merupakan perkara penting kerana apakah gunanya kita 
mempunyai khemah muatan lapan orang jika kegunaannya untuk satu atau 
dua orang, sedangkan lokasi yang hendak dituju itu amat menyukarkan kita 
membawanya.

PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH

• Tanah yang rata ( selesa untuk berbaring )
• Terlindung dari angina
• Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai 
• Mempuyai pandangan persekitaran yang mernrik ( soronok, lapang,dan 
terhibur apabila melihatnya ).
• Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan keadaan 
sekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah.
• Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan kita bergerak semula bagi tujuan kecemasan.

DISIPLIN DIRI / PERATURAN KESELAMATAN PERKHEMAHAN

• Tentukan khemah sentiasa ditutup apabila meninggalkannya.
• Kedudukan tempat yang berbahaya seperti di lereng bukit yang curam,
• Tanah licin, tunggul kayu, dahan reput, pokok berduri, tempat-tempat tersebut perlu ditanda untuk memberitahu kepada semua orang. Mana-mana rintangan atau halangan yang perlu dihapuskan hendaklah dihapuskan segera.
• Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam atau terlalu hampir dengan khemah.
• Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian. 
• Tidak dibenarka memasak di dalam khemah (khemah moden). 
• Digalakkan makan dan minumdi luar khemah untuk mengelakkan semut atau 
• atau binatang merayap daripada memasuki khemah. 
• Pastikan di luar atau di dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.
• Pastikan khemah yang dipasang itu kukuh dan selamat untuk digunakan.
• Hendaklah mengadakan system kawalan waktu malam.
• Hendaklah menaburkan bahan kimia seperti belerang kuning atau kapur 
• di sekeliling khemah bagi mengelakkan gangguan binatang merayap, menjalar dan mana-mana yang boleh mengganggu peserta.
• Jangan membuat bising di kawasan perkhemahan seperti melaung,bertempik,
• ketawa yang keterlaluan dan gembira yang amat sangat.
• Patuhi semua arahan keselamatan, kawalan, penerangan perkhemahan dari masa ke semasa dan segala pantang larang.
• Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan 
• tapak perkhemahan.
• Berhati-hai melakukan segala aktiviti dan senantiasa merhormati serta menghargai kawasan sekitar.
• Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan.
• Merokok,berjudi, minuman keras adalah dilarang.
• Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan segala aktiviti.
• Memaklumkan kepada pensyarah, ketua perkhemahan, penunjuk cara atau kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan sekiranya terdapat sebarang kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan.
• Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa henti sehingga rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan.
• Peserta dilarang berenang di masa yang ditentukan jika berkhemah di kawasan berhampiran sungai, laut atau tasik.
• Dilarang memiliki senjata, senjati api, dadah dan apa-apa alatan yang dilarang dan menyalahi undang-undang.
• Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan.
• Segala alatan janganlah dibiarkan bersepah. Ia mestilah diletakkan setempat 
supaya mudah untuk dimuatkan semula ke dalam beg.
• Pilihlah suatu tempat atau arah tertentu yang akan dituju sekiranya berlaku
sebarang kecemasan dan terpaksa meniggalkan khemah.

PENJAGAAN KHEMAH

• Pasang khemah mengikut prinsip dan teknik yang betul.
• Bersihkan dan keringkan khemah sebelum ia disimpan.
• Tidak mencuci khemah menggunakan sabun atau bahan pencuci. Yang mengandungi bahan kimia.
• Khemah hendaklah disimpan ditempat yang sesuai dan selamat daripada ancaman haiwanperosak dan ditempat yang kering.
• Pastikan semula alatan yang digunakan untuk mendirikan khemah dan lengkap sebelum disimpan.

SENARAI PERALATAN PERKHEMAHAN

• Khemah tempat masak.
• Khemah tempat solat.
• Khemah peserta.
• Kanvas alat duduk.
• Generator.
• Wire dua pin.
• Mentol lampu/soket. 
• ‘camp bed’
• Skop atau penyauk tanah.
• Tong minyak petrol dan minyak tanah.
• Tukul cangkul pencakar.
• Tiang Khemah memasak.
• Helar.
• Parang.
• Tali nylon/raffia.
• Belerang/suffer.
• Gerjaji.
• Lampu picit.
• Wisel.
• Mancis api.


Saturday, 8 June 2013

Orienteering

PENGENALAN

  • Orienteering ialah  berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas.
  •  Orienteeringa dalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik.
  • Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.
  •  Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure.
  • Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah danacara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.



Sejarah / latar belakang orienteering

  • Ia diperkenalkan dalam kalangan tentera di Sweden pada tahun 1918
  • Dipopularkan oleh Major Ernst Killander kepada orang awam dengan mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetitif
  • Pada 1961, Persekutuan Orienteering Antarabangsa (International Orienteering Federation-IOF) ditubuhkan di Copenhagen.
  • Ahli --Bulgaria,Chezchlovakia,Finland,Denmark,Hungary,Jerman,Norway,Sweden dan Switzerland.
  • Official European Championship pertama telah diadakan pada tahun 1962.



Sejarah Orienteering di Malaysia

  • Mula diperkenalkan di Malaysia dengan tertubuhnya Persatuan Orienteering Pulau Pinang pada tahun 1983
  • Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor dan Wilayah Persekutuan
  • Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia yang pertama telah diadakan pada tahun 1988.
  • Malaysia bergabung dengan IOF malalui WOA pada tahun 1992
  • Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) ditubuhkan pada tahun 1994
  • MOA cawangan negeri Kedah, Johor, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan dibuhkan pada tahun 1996
  • MOA cawangan Pulau Pinang dan Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997.


JENIS-JENIS ORIENTEERING 

Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-Oyang mudah untuk dilakukan, 

Antaranya adalah :-
  • Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)
  • Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
  • Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
  • Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
  • Orienteering Malam (Night Orienteering)
  • Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
  • Norwegian Event


FAKTOR-FAKTOR ORIENTEERING DIPERKENALKAN DI MALAYSIA 

1)Dijadikan sebagai salah satu aktiviti rekreasi yang popular
2)Sebagai modul dalam pendidikan dan latihan
3)Membina keyakinan diri dan sikap positif
4)Menguji ketahanan mental dan fizikal
5)Boleh digunakan dalam operasi menyelamat



PERALATAN ORIENTEERING
  1. Peta utama ( master plan )
  • Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara.
  • Mempunyai tajuk, kontor,skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
  • Peta orieentering akan ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. 



1) 
nur ikaa
PETA ORIENTEERING
KANDUNGAN PETA ORIENTEERING
  • Tajuk peta
  • Arah Utara
  • Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000
  • Petunjuk peta
  • Garisan melaras utara-selatanKredit-kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja


WARNA-WARNA DAN SIMBOL DALAM PETA
Hitam  - Ciri-Ciri buatan manusia
Biru     - Ciri-ciri air
Perang - Ciri-ciri kontor dan jalanraya
Putih    - Keadaan tumbuhan; hutan – berlari
Hijau    - Keadaan tumbuhan ; hutan –   berjalan/redah
Kuning - Keadaan tumbuhan ; terbuka


2) KOMPAS

nur ikaa


-Kompas ialah alat untuk menjadi dan memberi panduan arah yang mempunyai jarum magnetic yang
berwarna hitam dan merah serta ditandai dengan ukuran dalam mil atau
darjah. Kompas berfungsi kerana adanya medan mangnetic.

Kegunaan kompas:
  • Menentukan arah perjalanan
  • Menyelaraskan peta
  • Mengira jarak jauh
  • Menentukan arah laluan balik (semasa mengtasi halangan)
  • Membantu menentukan tempat anda berada dalam peta (digunakan bersama peta).



PERALATAN ORIENTEERING YANG LAIN

Jam Randik.
  • Digunakan untuk mencatatkan masa pertandingan
Wisel
  • Digunakan ketika ahli kumpulan hilang.
Sepanduk.
  • Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.
Peti pertolongan cemas.
  • Peti pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada peserta yang mendapat cedera ringan.



SEMASA ORIENTEERING
                                                                                    

                                              
                                         PEMILIHAN KAWASAN

  • Bentuk Muka Bumi: Untuk menganggarkan masa, pemilihan laluan, cara mengatasi halangan.

  • Kemudahan: Maklumat seperti terdapatnya klinik / hospital, balai polis, rumah tumpangan, kedai yang berdekatan dengan kawasan aktiviti dijalankan.

  • Secara amnya orienteering dilakukan di kawasan hutan yang tidak mempunyai semak.

  • Sebahagian besar kawasan berhutan ini merupakan hutan di mana peserta boleh berlari kerana aktiviti orienteering memerlukan peserta yang  berlari bukannya merendah di hutan yang tebal lagi bersemak.

  • Di Malaysia aktiviti ini lazimnya dijalankan di kawasan kebun getah, kebun kepala sawit, hutan simpan, dan mana2 kawasan yang sesuai.

  • Tapak rekreasi dan taman tasik sesuai untuk mereka yang baru mencuba aktiviti ini dan kurang berpengalaman atau untuk latihan



TEKNIK PENYEDIAAN PETA
  



1.Menentukan titik kawalan diatas peta.
  • Titik kawalan ialah satu tanda kedudukan yang perlu disediakan diatas peta bagi menunjukkan kedudukan yang perlu dilawati peserta.
  • Titik kawalan ini mempunyai ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.

2.Melukis landasan laluan diatas peta.
  • Landasan ini dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta lain.
  • Landasan ialah petunjuk arah perjalanan peserta dari titik kawalan yang pertama dan seterusnya sehingga ke titik kawalan yang terakhir.


  Tanda – tanda titik yang berkenaan landasan.
  • Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
  • Titik kawalan dengan tanda bulatan.
  • Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
  • ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.


Oreinteering berganti-ganti ( belay orienteering) 
  • Orienteering Berganti-ganti ini dijalankan  secara berpasukan 3 atau 4 orang.
  • Setiap ahli dalam kumpulan akan menamatkan landasan sebelum digantikan oleh rakan sepasukan di satu tempat penggantian yang telah ditetapkan.
  • Setiap peserta dalam pasukan akan melalui landasan yang berbeza.





TEKNIK ORIENTEERING
  
TEKNIK SUSUR TANGAN (HANDRAILS)
  • Memilih laluan yang menggunakan ciri-ciri sebagai panduan pergerakkan seperti lorong kaki, sungai , pagar dan sebagainya .
  • Sebelum memulakan pergerakkan cuba perhatikan ciri –ciri garisan yang boleh digunakan sebagai susur tangan.
  • Pastikan ciri tersebut dapat membawa kita seberapa hampir ke titik kawalan yang tujui ataupun setidaknya ciri tersebut menghala selari ke arah pergerakan kita walaupun hanya separuh perjalanan sahaja.

TEKNIK SASARAN
  • Titik sasaran merupakan satu siri yang jelas untuk digunakan untuk :-
  • Titik panduan untuk mengubah arah pergerakkan. Apabila peserta  tidak menggunakan arah kompas tetapi membuat pilihan laluan yang lain seperti menggunakan ciri garisan dan sebagainya, Perlu membuat pembetulan atau mengubah arah pergerakan dari masa ke semasa untuk tiba ke titik kawalan.
  • Oleh yang demikian peserta perlu pastikan satu siri sebagai titik sasaran untuk dijadikan panduan di mana apabila tiba di titik sasaran tersebut, anda akan mengubah laluan samada anda akan melaras kompas semula atau menggunakan pilihan laluan lain.
Cari rujukan/sasaran sebelum tiba dititik kawalan

  • Titik sasaran juga digunakan sebagi satu siri yang boleh dirujuk untuk mengesahkan yang anda hampir tiba di titik keadaan ini perlulah yang agak hampir dengan sesuatu titik kawalan.
  • Elakkan menggunakan banyak titik-titik sasaran di dalam setiap peringkat pergerakan anda kerana melengahkan pergerakan.


VIDEO ORIENTEERING